Ibnu Hashim
Kejadian Kemalangan Pesawat Nuri tak lama dahulu menggemparkan tanahair. Bergema lagilah suara betapa Pesawat itu telah tua…malahan Pilotnya pun lebih muda sekali ganda daripada pesawat yang dipandunya.

Maka media pun mula membuat homework menggali semula akan track record kemalangan pesawat Nuri ini…tiada ditulis akan track record cemerlangnya dalam memberi perkhidmatan kepada Negara ini melainkan rekod kemalangan semata mata.

Maka berkokoklah para cerdik pandai internet yang rata rata hampir kesemuanya tidak tahupun apa apa mengenai Nuri ini melainkan dari ‘maklumat’ yg disajikan oleh Media. Mereka tak menjalani kehidupan krew pesawat ini seharian. Mereka tak pernah tahupun akan betapa sukarnya melaksanakan missi demi missi dengan menggunakan pesawat ini.

Rata rata yang memberikan komen tertumpu kepada pesawat… tak ramai yang bertanyakan khabar akan keluarga mangsa wira wira Negara itu. Tak ramai (saya tak jumpa pun) yang mengambil tahu siapa krew krew pesawat malang itu dan apakah nasib keluarga yang tinggal supaya tindakan kebajikan dapat diambil untuk mengurangkan beban keluarga yang tinggal..Mungkin meraka merasakan ..oh itu tanggungjawab Kerajaan dan tak ada kena mengena dengan mereka… Sedangkan tugas tugas yang dijalankan oleh mereka ada kena mengena dengan kesejahteraan dan keamanan Negara yang mereka pijak ini! Ke manakah hilangnya kasih sayang diantara kita sedangkan yang terkorban ialah saudara seagama kita jua…

Allahyarham Kapt Azlan ialah junior officer kepada aku.. Beliau satu satunya crew member yang aku kenal..yang lain tiada aku kenali melainkan seorang yang pernah aku jumpa semasa dalam servis.

Beliau seorang duda..dari keluarga yang agak kaya juga. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan kepada roh-roh allahyarham/ah.
0 Responses

Post a Comment