Ibnu Hashim
Dunia yang menipu...

Dunia ini memang tempat yang sementara..penuh dengan onak ranjau yang berduri.. penuh dengan tipu daya...

Dunia yang seperti ini, dicorakkan sendiri oleh manusia. Malangnya, ramai di kalangan manusia yang sesat dalam mengenal ALLAH. Ramai yang gagal melaksanakan apa yang terkandung dalam Manual Senggaraan Dunia ini yang diturunkan oleh Pencipta Dunia ini iaitulah ALLAH S.W.T.

Bila servis manual ini tidak diikuti, maka berlakulah kepincangan demi kepincangan terhadap dunia tempat tinggal umat manusia ini..taat atau engkar...kita sama sama tinggal di atas dunia ini.

Kebejatan yang berlaku sememangnya seakan lumrah dan mesti ditempuh oleh setiap insan. Namun semua ini tidak bermakna kecuali insan itu bernama Muslim/ah. Dunia ini menjadi ladang untuk bercucuk tanam yang mana hasilnya akan diperolehi kelak di kampungnya yang kekal abadi iaitu alam akhirat.

Dunia ini menjadi tempat ujian bagi muslimin muslimat...maka bilamana ianya menjadi ujian, maka banyaklah dugaan yang perlu kita tempuhi.

Namun begitu, dalam pada itu, kita perlu berusaha supaya kezaliman dan ketidakadilan ini diperangi habis habisan lantara itulah ujian untuk kita semua. Keputusan ujian ini akan kita terima samada di dunia ini lagi mahupun di akhirat ataupun kedua duanya.

Ketidakadilan ini pasti akan terus terusan berlaku ke atas umat ini sebagaimana sunnahnya yang telah dilalui oleh Nabi Nabi terdahulu terutamanya Nabi bagi umat ini sendiri iaitu lah Nabi Muhammad s.a.w.

Di ketika ini wahai pejuang..jgn lemah jgn gundah.. walau seluruh dunia ini mengutuk..memberikan gelaran yang berbagai bagai kepada mu.. namun asal sahaja perjuanganmu menuruti jalan jalan yang telah ditempuh oleh para anbiya' itu, maka nescaya engkaulah yang berada di pihak yang benar! Apa dirisaukan label yang mereka berikan..biarkan sahaja mereka mahu jadi juara dunia..biarkan sahaja mereka mahu mengukir nama di persada dunia..asal sahaja ALLAH tidak murka akan kita wahai Para Pejuang sekelian...

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ


....tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya. - Al-Hajj:18


Kebenaran boleh disamarkan namun tidak akan pernah dapat ditutupi..Bila datang yang haq, pasti yang batil akan tersingkir! Itu janji ALLAH..


Pengganas..pengganas!! Itulah label yang kita sandangi..kerana apa? Hanya kerana menjunjung akan titah perintah Pemilik Mutlak Dunia dan Seisinya.. ALLAH S.W.T.
Maka janganlah gusar..janganlah bimbang.. mereka bukan menyerang kita..mereka bukan menghina kita..mereka sebenarnya menyerang ALLAH..dan mereka menhina ALLAH!!! Tunggulah hari pembalasannya bilamana tidak ada yang dapat memberi pertolongan selain dariNya. ( Di Dunia juga tiada dapat memberi pertolongan melainkan dengan IzinNya jua atas sifatnya Yang Sempurna namun pembalasan hakiki adalah di akhirat jua)


Selamat menonton dan selamat menitiskan air mata perjuangan!! ALLAHU AKBAR!!!

0 Responses

Post a Comment