Ibnu Hashim
Ketika sampai ke Kuala Terengganu, waktu itu hampir masuk ke waktu subuh. Aku ke Masjid Putih berhampiran stesen Bas untuk menantikan waktu Solat masuk. Menarik Masjid ini bila tandasnya yang bersih diletakkan di bawah tanah. Sempatlah mandi dan menyegarkan diri di bilik air masjid yang bersih dan indah ini!

Di Kawasan solat pula ada papantanda mengingatkan supaya menjaga barang barang atau beg yang dibawa dan disertakan nasihat untuk meletakkan beg di hadapan ketika solat! Mmm...manusia, rambut sama hitam, hati lain lain..iman lagi lah berbeza beza..

Lepas Solat, aku ke belakang dan merehatkan diri tunggu dhuha, apa yang aku nampak selepas itu amat amat menginsafkan diri ini...apa yang aku nampak? Bersambung......



Tapi bersambung kat bawah ni jer.. ehehehe..

Apa yang aku nampak, kelihatan seorang tua, lelaki tua bertongkat yang berjalan dgn amat perlahan..beliau dipimpin oleh seorang muda yang aku kira kalau bukan anaknya pun mungkin cucunya.. dengan sabar memimpin orang tua itu berjalan selangkah demi selangkah.. Subhanallah!!

Teringatkan diri yang kononnya gagah sihat segar bugar nih..nak ke Masjid pun payah..jenuh berlawan dengan nafsu dan Syaitan... org tua tu memang lah diberi keringanan atas keuzurannya, namun berjemaah di Masjid juga pilihannya!! Amatlah besar pahalanya dan amatlah besar pula keaiban aku mengenangkan diri sendiri yang tidak ada apa apa keuzuran pun! Maha Suci Engkau Ya ALLAH!!




0 Responses

Post a Comment