Ibnu Hashim
Cuti sekolah berpeluang untuk menziarahi saudara mara di kampong. Aku dan abgku melawat bapa saudara sebelah Emak di Pondok Tanjung… Rupanya dia terlantar hampir lumpuh.

Perkara ini berlaku kurang sebulan yang lalu…beliau mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Alhamdulillah, dapat aku dan abgku pergi melawatnya…

Apa yang menginsafkan aku ialah akan ketabahan dan kesabaran makcik dalam menjaga pakcik yang terlantar begitu sahaja…dan pakcik pula walau telah lama tak berjumpa, dia masih mengenali aku..

Apapun, perkara ini mengingatkan aku akan allahyarham Abah dahulunya…Dia mengidap penyakit ganjil belasan tahun lamanya sebelum dijemput ALLAH. Setiap kesakitannya diluahkan dengan kalimat nama ALLAH yang Maha Agung… Tiada keluhan aduh yang aku dengar… kesabarannya menanggung sakit mudah mudahan ALLAH jadikan sebagai Kaffarah ke atas dosa dosa abah yang lalu ..aminn…

Terkenangkan akan diri sendiri yang entah bila masanya akan tiba… mampukah aku menghadapinya? Dapatkah aku bersabar dengannya alangkan sakit gigi sahaja sudah cukup membuatku tak tidur malam!!! Adakah perkara sebegini untukku kelak merupakan kaffarah atau menambahkan lagi akan dosa dosa ku yang tidak tertanggung ini!!!???? Na’udzubillah!!

Pakcik yang ku lihat terlantar itu ku lihatkan bagai diri ku di masa masa yang akan datang.. sudah pastilah tidak lagi mampu untuk berjalan ke Masjid… Sekarang ini aku sihat segar bugar…mengapa liat ke Masjid??

Sedangkan pahalanya yang ALLAH sediakan amatlah besar sekali ganjarannya…dan yang paling penting sekali..kelaziman kita ke Masjid itu akan terus dikira oleh ALLAH andaikata kelak kita terlantar begitu sahaja di rumah.. Pastilah sedih ketika itu tak dapat lagi ke Masjid berjemaah…solat pun di pembaringan sahaja..wudhu’ pun ala kadar sahaja… adakah ketika itu nanti baru menyesal dan mahu ke Masjid? Adakah akan timbul niat atau nazar dalam diri ni “Ya ALLAH! Sekiranya aku sihat nanti..aku nak bersolat di Masjid setiap waktu..aku mahu solat sunat banyak banyak..aku mahu bersedekah banyak banyak” … Nah! Waktu sekarang ni aku buat apa? Ni badan dok segar bugar nih!!???

Ulama’ memberitahu, bila seseorang itu melazimkan dirinya solat 5 waktu di Masjid, maka di hari tuanya, andaikata ALLAH mentaqdirkan dirinya terlantar sakit tidak bermaya, maka ketika itu, bila ia solat, solatnya diambil kira oleh ALLAH Yang Maha Pemurah itu sebagai solat berjemaah di Masjid walaupun ketika itu dia hanya solat sendirian di pembaringannya!!! Ini adalah kerana sakit itu dari ALLAH, Dia yang menjadikan sakit itu dan lantaran itu maka tidak mampu lagi hamba ALLAH itu tadi berjalan dan bersolat di Masjid, maka pastilah ALLAH tidak akan mengzalimi hamba hambaNya!

Tapi!!! Ini diberi kepada orang yang melazimkan dirinya ke Masjid untuk solat berjemaah!! Alangkah beruntungnya! Ibaratnya kita diberi cuti sakit, duduk tinggal di rumah tapi Gaji jalan dan dikira penuh! Subhanallah!!

Satu amalan yang seharusnya tidak kita tinggalkan ialah berzikir terus ketika hendak tidur. Setelah selesai melakukan adab adab tidur lainnya, maka teruslah berzikir sehinggalah terlena.. kerana ini akan menyebabkan Malaikat terus menerus mencatitkan kita ini sedang berzikir sedangkan ketika itu kita sudah lena sehinggalah kita bangun esoknya! Ini adalah kerana, yang menidurkan kita itu ialah ALLAH, kalau Dia tidak tidurkan kita, nescaya kita akan terus berzikir padaNya, maka oleh itu, bila kita terlena lantaran itulah sunnatullahnya kita yang lemah ini, mudah mudahan ALLAH perintahkan Malaikatnya terus mencatitkan dalam kitab amalan kita bahawa kita terus menerus berzikir walaupun ketika itu kita tidur!!

Maha Kaya lagi Maha Pemurah Engkau Ya ALLAH!!
0 Responses

Post a Comment