Ibnu Hashim
Assalamualaikum,

Saya saja nak lepaskan rasa di sini.. ceritanya begini, saya ni ada join satu grup bisnes lah di web nih, senang cakap Raja Prepaid lah..
So kami ada yahoo group dan berkomunikasi di situ lah tentang bisnes nih.

Nak jadi cerita maka sekarang ni Raja Prepaid ni dah kembangkan sayaplah dan mengeluarkan produk lain antaranya ubat gigi halal.

Berlakulah polemik di yahoo group tentang statusnya dan akhirnya dapat dipastikan ianya adalah disahkan halal dan ada sijilnya..So oklah..beres.

Cuma saya ni mencelah sikit dan mengingatkan tentang kepentingan kesatuan Ummah dalam semua hal termasuklah dari segi Ekonomi. Umum kita semua tahu lantaran kebiadapan bukan Islam mempermainkan kita puluhan tahun mengeluarkan ubat gigi yang tidak halal, dan kini kita UMAT ISLAM mengeluarkan produk ubat gigi halal kita sendiri, kini pihak bukan Islam pun mengeluarkan ubat gigi halal ..itu faktanya, so..tak pa lah, nii pun ok jugak ..beres, tak ada masalah.

Masalahnya ialah apabila email itu yg bertujuan mahu untuk saling memperingati bahawa KEUTAMAAN kita adalah saudara kita dan UTAMAKANLAH keluaran Umat Islam terlebih dahulu, malangnya email tu disekat dan tidak disiarkan atas alasan ianya berbau perkauman.!! Ada ker? Apa Islam ni milik melayu je ker? Punya la jumud!

Hangin betul lah...inilah dianya Umat kita sekarang nih...Tak dapat membezakan yang mana satu yang paling Utama..yang mana dulu yang mana kemudian...Tak kenal apa itu Pengorbanan dan tak kenal yang mana intan dan yang mana permata..Masalah kesatuan ummah yang simple macam ni pun tak dapat nak paham...Isk..geram nih...Lepak dulu... hmph!!
0 Responses

Post a Comment