Ibnu Hashim
It has been told that the talks was legal..and it was the demontration that was illegal (illegal gathering) .. Read on..

Kenyataan Media
(19 Mei 2006)

TAJUK :

FORUM SENSITIF TANPA PERMIT :
POLIS DI MINTA BERTINDAK TEGAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow seperti mana yang disiarkan di dalam Bernama.Com pada 19 Mei 2006 yang bertajuk Penganjur Forum Tidak Mohon Permit yang mana beliau telah menjelaskan bahawa adalah lebih baik pihak yang ingin menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu sensitif memohon permit polis untuk keselamatan awam walaupun permit polis tidak diwajibkan bagi mana-mana pihak ingin menganjurkan forum atau seminar tertutup.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada penganjuran forum umum bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan kekecohan akibat demonstrasi orang ramai. Beliau membetulkan fakta bahawa sebenarnya program tersebut tidak mempunyai permit polis untuk dianjurkan.

Bermakna, penganjur program iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) telah melakukan perhimpunan HARAM yang sebelum ini didakwa telah mendapat kebenaran polis untuk diadakan forum tersebut.

DPPNJ mengharapkan agar pemantauan terhadap aktiviti yang seumpama ini akan dapat dipantau dengan lebih serius agar kejadian seperti ini khususnya yang menyentuh sensitiviti umat Islam dapat dielakkan.

Lebih-lebih lagi, forum ini didakwa membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

DPPNJ juga melahirkan rasa terkilan kerana forum yang dilabelkan sebagai sensitif ini telah didakan sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas dan di Melaka pada 21 April lepas. Bermakna, sekiranya tiada demonstrasi diadakan maka forum sensitif ini akan tetap berjalan.

Kesunguhan kira-kira 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Anti Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (BADAi) mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di Jalan Penang pada hari Ahad lalu, bagi membantah penganjuran satu forum yang didakwa menghina Islam walaupun dilihat sebagai satu kesalahan dan dilabelkan sebagai tindakan BODOH oleh Datuk Nazri Aziz telah berjaya membuka mata semua pihak terhadap isu sensitif ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/
0 Responses

Post a Comment