Ibnu Hashim

Baru baru ini kelihatan iklan atau promosi di TV3 tentang Bulan Kesihatan Oral..Yang nyatanya ianya adalah berkaitan kempen oleh COLGATE, syarikat yang sombong dan tidak memperdulikan keperluan umat Islam.

Sehingga kini (blog ini ditulis) Colgate tidak melayan langsung pertanyaan pihak PPIM berkenaan status halalnya. Colgate ni dah bertapak lebih 40 tahun namun sampai sekrang tak ada tanda halal. Mengikut apa yang saya tahu, memang dia tak pernah mohon pun.

Apa yang saya tahu, untuk bahan kalsium dalam ubat gigi ni ada tiga sumber iaitu Tulang, Cengkerang dan Batu kapur. Kalsium dari tulang ini adalah yang paling murah, umum kita tahu Colgate ni mendapatkan bahan ubat giginya dari Thailand...Lembu ke banyak, Babi ke yang banyak kat sana? Kalau pun Lembu, sembelih camana?

Itu pasa ubat gigi yang tak pakai Tulang nih, harganya mahal sebab kos bahan Kalsium tu lebih tinggi (tak pakai yang berasas tulang). Selain itu, ia pulak dengan Bangganya tanpa was was mempromosikan akan FLUORIDA nya... Tapi kita tak kisah pun...Flourida ni menghakis gigi menjadikan gigi haus dan makin nipis lapisan enamelnya. Flourida ni adalah salah satu bahan dalam cecair pencuci lantai dalam erti kata lain, Fluorida ni ubat cuci lantai, untuk tenyeh lantai bukannya tenyeh gigi kita..

Kini dia buat kempen, ye lah syarikat ni banyak duit (kita la yang bagi) dia boleh buat kempen kat TV lagi untuk promosi. TV3 peduli apa, janji hangpa bayar, dia siarkanlah. Kalau tengok iklan tu, tak nampak bangsa lain yang ditunjukan (Kecuali seorang amoi, tapi dia nampak macam dentist bukan pelanggan). Ada ditunjukan sorang mamat berkopiah. Apa mesejnya? Entahlah, pada saya, ini menunjukkan berjayanya iklan ubat gigi Mukmin, Halal gel dan yang seumpamanya. Iklan iklan tu dok menerangkan betapa kita kena pakai ubat gigi yang HALAL, BERSIH...Tentunya ditujukan kepada orang Islam. Agaknya jualan COLGATE kpd umat Islam ni dah kurang, tu dia buat kempen tu, tu yang dalam TV tunjuk orang Islam jer...

Amacam? SAya dah tak pakai dah Colgate...dah lama dahhh....
0 Responses

Post a Comment